Wednesday, November 14, 2012

BAHASA MELAYU SJK (C) TAHUN 5: Latihan Karangan - Melengkapkan Cerita (Dikejar oleh Anjing)

Karangan : Melengkapkan Cerita (Dikejar oleh Anjing)

“Pagi itu saya pergi ke sekolah seperti biasa. Saya mengayuh basikal bersama-sama beberapa orang kawan. Tiba-tiba……” Sudahkan cerita supaya menjadi karangan yang lengkap.

Rangka karangan

Pendahuluan: ke sekolah - mengayuh - bersama kawan - dikejar anjing
Isi-isi: (1) kelihatan - garang - takut - mengayuh - laju
(2) terlanggar - terjatuh - bergerak - semakin dekat
(3) menerkam - muncul - memukul anjing - lari dari situ
(4) mengucapkan terima kasih - membalut luka - meneruskan perjalanan
Penutup: berasa lega - digigit - berharap - berulang lagi
 

Friday, November 9, 2012

Latihan Karangan - Melengkapkan Cerita (Dikejar oleh Anjing)

Karangan : Melengkapkan Cerita (Dikejar oleh Anjing)

“Pagi itu saya pergi ke sekolah seperti biasa. Saya mengayuh basikal bersama-sama beberapa orang kawan. Tiba-tiba……” Sudahkan cerita supaya menjadi karangan yang lengkap.

Rangka karangan

Pendahuluan: ke sekolah - mengayuh - bersama kawan - dikejar anjing
Isi-isi:      (1) kelihatan - garang - takut - mengayuh - laju
                 (2) terlanggar - terjatuh - bergerak - semakin dekat
                 (3) menerkam - muncul - memukul anjing - lari dari situ
                 (4) mengucapkan terima kasih - membalut luka - meneruskan perjalanan
Penutup:    berasa lega - digigit - berharap - berulang lagi

Latihan Karangan - Kemalangan Jalan Raya

Karangan: Kemalangan Jalan Raya
Kamu telah menyaksikan kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Tulis berita tentang kejadian kemalangan jalan raya itu.
Rangka Karangan
·         Pendahuluan:  format berita - pemuda - umur - terlibat - kemalangan - petang semalam - dalam perjalanan - dirempuh - kereta - berlaku - persimpangan - kawasan kemalangan - berlaku di situ
·         Isi-isi:
(1)   berpunca - dipandu laju - gagal mengawal - merempuh - terbabas - merempuh - dari arah bertentangan - tercampak
(2)   penunggang - terbaring - mengalami cedera parah - serius - patah - tidak sedarkan diri -pemandu - cedera ringan
(3)   mangsa - dibawa - hospital - unit rawatan rapi
·         Penutup:  berhati-hati - tidak diingini

Latihan Karangan - Surat Tidak Rasmi

Karangan: Surat Tidak Rasmi
Bapa kamu bertugas di luar negara. Tulis sepucuk surat untuk memberitahunya perkembangan terbaru diri kamu serta keluarga. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

Rangka Karangan
·         Pendahuluan:
semoga ayahanda sihat sejahtera
·         Isi-isi penting:
1.       bertanyakan khabar - menyatakan khabar diri dan keluarga - amat
 rindu
2.       sibuk mengulang kaji pelajaran - peperiksaan akan dating - abang - memberi tunjuk ajar
3.       menyertai kelab renang - mempelajari teknik berenang - bersukan -  kesihatan badan
4.       minggu lepas - datuk dating melawat - membawa pelbagai buah kegemaran
·         Penutup:
akan menulis surat kepada ayahanda - sampaikan salam buat keluarga

Latihan Karangan: Melengkapkan Cerita

Karangan: Melengkapkan Cerita
Lengkap cerita di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

                Ibu menyuruh Rosli menghantar kuih untuk jiran mereka, Pak Osman. Rosli memanggil Pak Osman beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Rosli mengetuk pintu rumah Pak Osman dan mendapati pintu tidak berkunci. Rosli menolak pintu rumah Pak Osman sambil memanggil Pak Osman. Tiba-tiba dia.......

Rangka Karangan
·         Pendahuluan:
terkejut melihat Pak Osman terbaring - lantai
·         Isi-isi penting:
1.       memanggil - mengejutkan Pak Osman - tidak sedar - pulang ke rumah - segera
2.       memberitahu - ibu bapa - membawa - Pak Osman ke hospital
3.       doctor - Pak Osman mesti dijaga baik - tidak sesuai tinggal sendirian
4.       ibu bapa berbincang - menghubungi anak Pak Osman - bekerja di bandar
·         Penutup:
anak Pak Osman - balik ke kampung - menjaga Pak Osman - gembira - dapat membantu Pak Osman
 

Contoh Karangan - Hari Kanak-kanak

Hari Kanak-kanak

          Pada 15hb Oktober 2010, sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak. Semua murid berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari tersebut.
          Setiap kelas mengadakan jamuan makan. Banyak makanan dan minuman disediakan. Makanan itu dibawa dari rumah oleh setiap murid.
          Selepas makan dan minum, kami bermain pelbagai jenis permainan. Antaranya ialah meniup belon dan teka-teki. Ada juga murid yang berlakon di atas pentas.
          Hari Kanak-kanak merupakan hari yang seronok dan saya berharap dapat menyambut hari yang bermakna ini pada tahun akan datang.

Contoh Karangan - Catata Harian

Catata Harian

26 Jun 2010 (Sabtu)
          Sekolah saya mengadakan gotong-royong pada hari ini. Saya tiba idi sekolah pada pukul 7.30 pagi. Banyak murid sudah berkumpul di dewan sekolah.
          Gotong-royong bermula pada pukul 8.00 pagi. Guru kelas membahagikan kerja kepada murid-murid. Saya dan empat orang murid memotong rumput. Kawan baik saya, Joe dan tiga orang murid yang lain pula mengelap tingkap.
          Selain itu, ada murid yang diberi kerja memberikan longkang dan ada pula yang bertugas menanam pokok bunga.
          Saya berasa sanguat gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga kepada sekolah saya. Keadaan sekitar yang bersih dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Contoh Karangan - Guru Kelas Saya

Guru Kelas Saya

          Guru kelas saya bernama Cikgu Wong. Beliau seorang guru yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami Matematik dan Bahasa Cina.
          Gikgu Wong selalu menasihati kami supaya rajin belajar. Beliau akan menegur kami apabila kami melakukan kesalahan. Beliau seorang guru yang tidak berat sebelah. Selain mengajar, Cikgu Wong juga menceritakan cerita yang menarik kepada kami. Beliau juga melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan akademik.
          Saya berasa bangga kerana dapat belajar daripada Cikgu Wong.

Contoh Karangan - Aku Seorang Polis

Aku Seorang Polis

       Aku polis. Aku dilahirkan dalam keluarga polis. Bapaku juga anggota polis. Sejak kecil lagi, aku bercita-cita menjadi anggota polis. Kini, aku bertugas di Balai Polis Rawang.
       Tugasku amat mencabar, terutama ketika kejadian jenayah berlaku. Kadang kala aku terpaksa mengorbankan waktu cutiku untuk bertugas. Aku bertugas dengan penuh dedikasi. Aku sentiasa dihormati orang awam.
       Pekerjaanku tidak mengira masa dan hari. Aku sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas. Bagiku, aku ingin menegakkan undang-undang demi menghapuskan jenayah.
       Aku telah berjaya dalam tugasku. Aku akan terus berusaha untuk berkhidmat kepada negara yang aku cintai. Sesungguhnya mulia. Aku akan terus berbakti kepada masyarakat walaupun telah bersara kelak.

Wednesday, November 7, 2012

PENGENALAN


Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus ditawarkan dalam Akta Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa menurut perspektif Islam memang merupakan potensi ternurani yang dibekalkan kepada manusia oleh Tuhan dan perlu dikembangkan secara berterusan serta berkaitan dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani individu. Dalam tradisi linguistik Barat, kita mengenal adanya teori kenuranian bahasa (innateness theory) yang menegaskan kewujudan bahasa dalam akal manusia sebagai fenomena alamiah.