Friday, November 9, 2012

Contoh Karangan - Hari Kanak-kanak

Hari Kanak-kanak

          Pada 15hb Oktober 2010, sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak. Semua murid berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari tersebut.
          Setiap kelas mengadakan jamuan makan. Banyak makanan dan minuman disediakan. Makanan itu dibawa dari rumah oleh setiap murid.
          Selepas makan dan minum, kami bermain pelbagai jenis permainan. Antaranya ialah meniup belon dan teka-teki. Ada juga murid yang berlakon di atas pentas.
          Hari Kanak-kanak merupakan hari yang seronok dan saya berharap dapat menyambut hari yang bermakna ini pada tahun akan datang.

No comments: